Tuesday, October 21, 2008

KONSEP BLOG SAYA...


Saya menulis blog adalah kerana untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan dan maklumat yang saya ada terutamanya berkaitan isu semasa pada masa kini dengan orang ramai. Blog saya ini mengandungi sepuluh tajuk yang berkaitan isu semasa iaitu akidah Islam, pendidikan anak-anak, ekonomi Islam, penghayatan Islam, pembinaan keluarga Islam, politik Islam, undang-undang Islam, ilmu-ilmu Islam dan penuntut Islam di IPT. Kesemua tajuk ini bagi saya amat menarik dan ianya memberikan satu pengalaman baru kepada saya untuk menulis. Sebelum ini, saya hanya memberikan pendapat dan idea mengenai isu-isu di atas, tetapi kali ini saya berpeluang untuk menulis dan memaparkan kepada orang ramai. Pada mulanya rasa malu untuk memaparkan idea saya kepada orang ramai, tetapi bila difikirkan semula bila lagi untuk saya cuba membicarakan isu-isu seperti ini dan seterusnya memaparkan kepada khalayak. Seseorang yang inginkan kejayaan tidak seharusnya takut untuk menerima kritikan dan komen-komen daripada orang lain demi untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri.


Tujuan utama saya menulis blog ini juga kerana ingin berkongsi apa-apa sahaja maklumat dengan orang ramai selain untuk mencurahkan pendapat yang saya ada terutamanya berkaitan isu semasa. Bagi pendapat saya, blog membantu saya dalam penulisan di samping untuk menjana ilmu pengetahuan dan maklumat serta mendapatkan komen-komen daripada orang ramai tentang penulisan saya di blog. Konsep blog yang saya cuba ketengahkan adalah berbentuk Islam, yang mana kesemua tajuk-tajuk yang saya tulis menyentuh tentang pandangan Islam terhadap isu tersebut tetapi ianya bukanlah untuk menyokong mana-mana belah pihak hanyalah sekadar untuk menyatakan pendapat dan idea yang ada berkaitan isu semasa yang wujud pada masa kini. Blog saya iaitu sinar kejayaan.blogspot.com.



Saya memilih sinar kejayaan kerana saya inginkan kejayaan sentiasa mendampingi saya walau dalam apa-apa juga yang saya lakukan. Walau bagaimanapun, kejayaan bukanlah mudah untuk dikecapi jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada individu itu sendiri. Oleh itu, saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik dalam penulisan sepuluh tajuk di dalam blog saya.


Walaupun tidak seberapa mana pendapat dan idea yang ketengahkan di dalam blog, tetapi saya berasa gembira kerana dapat juga menyatakan pendapat dan berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan isu-isu semasa yang dibincangkan di dalam blog saya. Blog memberikan saya satu kepuasan bermula daripada membentuk blog sendiri sehinggalah kepada penulisan di dalam blog. Ia sememangnya memberikan saya satu pengalaman baru kerana jika sebelum ini, saya hanya mendengar tentang blog, tetapi tidak mengambil tahu tentangnya. Kini, saya telah mengetahuinya dan ia memberikan saya satu ilmu pengetahuan yang baru.

No comments: